logo-2B2m

(No. Syarikat: 002134142-U)

Syarikat ini didaftarkan pada 12 Jun 2012 (12.6.12) bersempena 12 Rabiul Awwal tarikh lahirnya insan paling hebat dan berpengaruh dimuka bumi ini. Muhammad Rasulullah SAW.

Usaha kami untuk bergerak di atas trademark MGR (Motivasi Gaya Rasulullah) dibawah syarikat 2M Global Training & Consultancy dengan usaha yang berterusan insyaAllah untuk membuka lembaran Motivator Agung; Muhammad bin Abdullah (SAW ) dengan nafas baharu insyaallah untuk semua lapisan masyarakat serta semua peringkat umur.

 

Motivasi Gaya Rasulullah (MGR) adalah satu pendekatan untuk menggali idea, kaedah, dan cara manusia teragung iaitu Muhammad bin Abdullah dalam memotivasi manusia keseluruhannya.

Bermula dengan kelahiran Buku “Motivasi Gaya Rasulullah”

Objektif utama adalah seperti berikut:

 

  1. Matlamat utama adalah untuk jatuh cinta berkali-kali kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
  2. Melakukan sesuatu adalah dengan kadar perasaan untuk merasakan apakah Baginda Nabi SAW akan gembira dengan apa yang kita lakukan?
  3. Meningkatkan daya amalan dan kualiti ibadah berteraskan sunnah.

 

Kesemua objektif ini adalah teras utama kepada tercetusnya “2M” yang bermaksud “To Muhammad Global Training and Consultancy”

Sebarang pertanyaan berhubung training dan motivasi boleh hubungi kami.

Terima Kasih.