was successfully added to your cart.

Category

Uncategorized

By | Uncategorized | No Comments

KESIBUKAN YANG MEMBUNUH

Aku, Kita dan Si dia “Sibuk”
“Sibuk”, adalah perkataan yang biasa diungkapkan oleh ramai orang..”oh saya seorang ahli politik yang sibuk” akhirnya Saya tiada masa untuk melihat penduduk kawasan sekitar, atau “oh saya seorang guru yang sibuk” akhirnya “saya tiada masa untuk keluarga..atau “saya seorang penulis yang sibuk” akhirnya “saya tiada masa untuk berkomunkasi dengan anak-anak saya..” atau “oh saya seorang muslim yang sibuk” akhirnya ” saya tiada masa untuk Tuhan saya”…soalnya bolehkah???

Panggilan Baitullah.
Sejak pulang dari mengerjakan haji saya dihujani dengan si”sibuk”..pelbagai perkara datang bertimpa-timpa dan bertindih-tindih. Diantara kesannya adalah ada peluang untuk meng”update” blog MGR tetapi mental dan fizikal telah pun berada pada tahap dimana tidak mampu lagi untuk mengeluarkan tajuk atau tulisan. Apabila jari jemari telah dilancarkan diatas papan kekunci ia tidak menatijahkan tajuk atau baris-baris ayat. Tetapi yang keluar hanyalah (…).

Doa, Azam dan “nyahsibuk”
 Menjadikan sibuk sebagai satu cara untuk tidak melakukan sesuatu yang perlu adalah suatu alasan. Alasan tersebut bole membunuh amanah dan gerak kerja yang telah dirancang. Diharapkan para pembaca blog ini dapat mendoakan saya.

Pro and Con Komen Peserta bagi setiap kali selasai berprogram?

By | Uncategorized | No Comments
“Ya Jawapannya adalah Ya”…Mendapatkan komen dari para peserta apabila selesai berprogram adalah amat berbaloi…!!!Seharusnya pihak urusetia perlu meyediakan “Evaluation Form” bagi setiap program yang dianjurkan. Kebaikan komen-komen yang dikemukakan oleh para peserta adalah begitu banyak. tetapi pada kali ini saya hanya akan mengutarakan kebaikannya kepada para fasilitator dan penceramah sahaja. 
Percaya atau tidak sejak saya mula terlibat dalam dunia “kem Ibadah” dan sebagainya saya masih menyimpan kesemua komen-komen para peserta dalam aktiviti yang di kendalikan. Bahkan saya akan membuka semula komen-komen yang ditulis untuk dibaca semula sebagai satu cara untuk membangkitkan semangat motivasi saya. Untuk rekod bahan-bahan tersebut telah saya simpan sejak tahun 1998. Wah ini bole masuk arkib Negara komen seorang sahabat…!!!(InsyaAllah)

Tujuan saya menyimpan kesemua komen-komen tersebut  bertujuan untuk menilai semula setiap komen tersebut untuk penambahbaikan “gaya”, “input”, dan mungkin juga tidak melayan sebarang reaksi “provakatif” dari para peserta semasa sesi berjalan.

Dari sisi yang lain komen-komen -ve yang membina juga harus diraikan. Bahkan baik untuk kita bermuhasabah. Lihat sahaja komen-komen itu baca dengan hati dan iman tentu komen tersebut tidak akan dibuang atau menimbulkan rasa marah kapada peserta tersebut. 

Motivasi 10 malam Terakhir Ramadhan

By | Uncategorized | One Comment
 

Sedar atau tidak mahu atau tidak kita telah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Diantara kita ada 

yang menghitung-hitung “wah tak lama lagi nak raya…” baju raya belum siap dan sebagainya..Benarlah 
peribahasa Melayu “hanya jawhari yang kenal manikam”. Hanya mereka yang tahu “nilai” 10 malam 
terakhir sahaja yang akan memerah keringat untuk mencari malam 1000 bulan yang di janjikan Allah 
azzawajalla. 

10 malam terakhir ini disambut dengan kegembiraan dan kesedihan. Mengapa? Kegembiraan adalah kerana
 kita tahu dan ingin merebut hadiah hebat yang dijanjikan oleh Allah. Tangisan pula adalah kerana 
tetamu istimewa “Ramadhan” akan pergi meninggalkan kita dan akan bertemu lagi dengan izin Allah pada 

tahun hadapan.

Sudah pasti yang paling tahu nilai 10 malam terakhir adalah Baginda al-Habib al-rasul s.a.w. 

 Soalnya bagaimana ingin menyuntik Motivasi Gaya Rasulullah? Maka disana ada beberapa 

panduan dari  petunjuk Baginda al-Habib diantaranya: Baginda al-Habib bersungguh-sungguh mencari 

malam al-Qadar dan menyuruh para sahabat yang mulia untuk turut bersungguh-sungguh mencarinya. Dalam 

riwayat ada menyatakan bahawa Baginda s.a.w mengejutkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadat 

pada 10 malam terakhir supaya dapat memperolehi lailatul Qadr. Begitu juga ada diriwayatkan bahawa 

sebahagian para “salaf” dari kalangan sahabat dan tabien akan mandi sunat dan berwangi-wangian 

dalam berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan lailatul qadar!!!

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:” Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, 
maka ampunilah kami”. (Ahmad dan Tirmidhi)
 Selamat Bermotivasi pada 10 malam terakhir ini…(part 2)

Motivasi 10 malam terakhir

By | Uncategorized | No Comments
Sedar atau tidak, mahu atau tidak, kita telah pun melangkah masuk 10 malam terakhir. Bagaimana motivasi 
anda diawal 10 malam terakhir ini? Semakin bermotivasi atau sebaliknya? Ye sebahagian kita ada yang telah 
tersenyum kerana Ramadhan akan berlabuh dan pergi meninggalkan kita. Maka bolehlah berpesta makan. 
Benarlah kata pepatah Melayu “hanya jawhari yang mengenal manikan”. Pastinya 10 akhir Ramadhan ini di
sambut dengan Kegembiraan dan Kesedihan. Kegembiraan kerana inilah masa untuk merebut hadiah 
lumayan yang dijanjikan oleh Allah iaitu pahala 1000bulan. Kesedihan pula kerana tidak lama lagi tetamu 
yang terhebat ini akan pergi meninggalkan kita. Faktanya adalah manusia yang paling tahu kehebatan dan 
keagungan lailatul Qadar adalah Baginda al-Habib Rasulullah. Riwayat-riwayat yang kuat ada menyebut 
bahawa Baginda akan mengejutkan ahli keluarga Baginda untuk sama-sama bangun beribadah pada malam 
tersebut. Bahkan riwayat menyebut Baginda akan meyuruh para sahabat juga melakukan perkara yang
sama iaitu menghidupkan, berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mencari “al-Qadr”. Riawayat juga 
menyatajan bahawa golongan “Salaf” iaitu para sahabat dan Tabien sebahagian mereka akan mandi sunat 
dan berwangi-wangian sebagai tanda kesungguhan mereka beribadah pada malam-malam 10 akhir. Maka 
marilah kita sama-sama memotivasikan diri GAYA Rasulullah untuk malam-malam akhir ini.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:” Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun,
 
 maka ampunilah kami”. (Ahmad dan al-Tirmidhi)

Carilah kebaikan dan hadiah tersebut pada 10 malam akhir ini terutamanya pada malam-malam ganjil. Selamat 

bermotivasi. Ingat kerana ibadah juga perlu diiringi dengan MOTIVASI….

Modul MGR “I love Myself”

By | Uncategorized | No Comments
I love Myself adalah satu modul yang dipakejkan dalam Motivasi Gaya Rasulullah. Baginda memang mengajar kita untuk sayangkan diri sendiri. Sebab itu memotivasikan diri untuk cinta dan kasih kepada diri adalah termasuk dalam ajaran Quran dan Sunnah. Ia senada dengan Firman Allah: و لا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة [ jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan – 195 al Baqarah ] Modul ini berusaha untuk menanam beberapa perasaan dalam diri : Sayangkan diri sendiri adalah termasuk arahan Allah dan menjadi sunnah Nabi s.a.w. Segala amalan soleh yang di ajar oleh Baginda al-Habib adalah untuk menyelamatkan diri dari kebinasaan dibakar dalam api neraka. Bukankan melakukan perkara yang dilarang agama memusnahkan diri? Diakhir modul ini para peserta akan diajar teknik bagaimana sayang kepada diri menurut petunjuk Rasulullah s.a.w.

Objektif MGR ni sama ke macam Motivasi-motivasi Yang lain..?Komen Dr…?

By | Uncategorized | No Comments
“terima kasih atas soalan yang diberikan oleh …” Untuk menjawap soalan berkenaan objektif MGR maka suka saya memperjelaskan bahawa program motivasi atas nama apa sekalipun mempunyai satu matlamat iaitu para peserta akan mendapat input kearah perubahan diri yang lebih baik. MGR juga begitu pastinya tiada yang lebih membahagiakan apabila melihat para peserta megirimkan sms “Dr K terima kasih atas input yang bermanfaat…saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini…salam motivasi gaya Rasulullah..” Alhamdulillah syabas tetapi ada sesuatu yang tertinggal dari pengirim tambahnya lagi” saya akan melakukan perubahan atas kecintaan saya kepada al-habib Baginda Nabi s.a.w!!!pastinya.. wah jawapan ini adalah kunci utama kepada program-program yang di anjurkan oleh saya. Objektif utama adalah seperti berikut: 
1. Matlamat utama adalah untuk jatuh cinta berkali-kali kepada al-habib Baginda Nabi s.a.w.
2. Melakukan sesuatu adalah dengan kadar perasaan untuk merasakan apakah al-habib Baginda Nabi s.a.w akan gembira dengan apa yang saya lakukan?
3. Meningkatkan daya amalan dan kualiti ibadah berteraskan sunnah.
Kesemua objektif ini adalah teras utama kepada tercetusnya “2M” yang bermaksud “To Muhammad Global Training and Consultancy…”

Boidata Lengkap Dr.Mohd Khairul Nizam

By | Uncategorized | No Comments


BIODATA:

Dr. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri adalah perunding cara kepada 2M Global Training & Consultancy. Berkelulusan Ph.D  Usuluddin (al-Quran dan Hadith) daripada Universiti Malaya, beliau juga sebelum itu pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa pada peringkat Master (MAIRKH Islamic Revealed Knowledge in Hadith) dan peringkat Ijazah (BAIRKH Majoring in Fiqh wa Usulihi & Minoring in Psychology).

Dr. Mohd Khairul Nizam  berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengendali  sesi kaunseling, mengendalikan lebih dari 500 ceramah kegamaan dalam pelbagai topik dan mengendalikan lebih dari 50 siri program motivasi yang melibatkan para pelajar diperingkat sekolah sehingga Universiti. Beliau telah mula berjinak-jinak dengan karier dalam bidang pendidikan dan motivasi semasa di universiti sebagai rakan pembimbing untuk para pelajar yang memerlukan khidmat sokongan belajar dibawah SLEU UIA yang dikenali sebagai “peer”. Ketika bergelar seorang pelajar, beliau telah melaksanakan dan menjalankan lebih dari 20 program motivasi di sekitar lembah Klang, Alor Star dan Ipoh. Manakala secara rasmi  menjadi guru GSTT di beberapa buah sekolah sekitar Ipoh diantaranya Sekolah Men. Agama Izzuddin Shah Ipoh (Tingkatan 6), sekolah yang melibatkan pelajar satu Malaysia dengan berbilang bangsa iaitu SRJK( C ) Bercham dan SRJK (T) Kampung Simee. Setelah itu, beliau juga pernah mengajar di beberapa buah kolej swasta disekitar lembah Klang seperti British Malaysian Institute, SEGI College, Stanford College, Olympia College dan International Islamic College dengan mengajar matapelajaran Pengajian Islam, Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral. Beliau amat disukai oleh pelajar berbangsa cina dan india diatas gaya persembahan semasa syarahan didalam kelas bahkan mereka sukar untuk tidak menghadiri kelas beliau.

Semasa beliau bertugas di International Islamic College beliau telah memegang beberapa jawatan penting disamping tugas hakiki iaitu menjadi kaunselor dan warden kepada pelajar. Beliau aktif dalam sesi kaunseling dan telah melakukan lebih dari 100 sesi dan melaksanakan aktiviti motivasi untuk para pelajar. Setelah itu beliau dianugerahkan Certified Personel  Advancement Skills : Module 4 oleh Cdc. Setelah itu beliau telah dilatih secara khusus oleh Prof Dr.Noraini Ahmad (Profesor Kaunseling dari UIA) untuk mengendalikan sesi kaunseling seperti Counselling Intervention, Individual  and Group Counseling. Disebabkan cara dan kaedah pengajaran beliau yang disukai oleh pelajar pada tahun 2005 beliau telah  dianugerahkan Best Lecturer Based on TER oleh pihak kolej.

Semasa berkhidmat di Universiti Malaya beliau begitu aktif menyampaikan pelbagai syarahan kepada para pelajar diantaranya kepada para pelajar kursus jangka pendek dari Sweeden dalam program “Crash Course in Islamic Studies”. Selama dua tahun berturut-turut beliau diamanahkan untuk mengajar subjek Sceinces of Hadith. Beliau turut menyampaikan syrahan berkenaan Islam kepada para pelajar perubatan, kejuruteraan, pelajar asasi sains, pimpinan pelajar, menjadi ahli panel forum perbandingan agama dan memberikan syarahan motivasi kepada para pelajar dikolej-kolej kediaman. Disamping itu juga beliau sering dijemput memberikan syarahan agama di UKM, Uitm dan Usim. Beliau juga terlibat sebagai ahli kongres Profesor Negara dengan mewakili Jabatan al-Quran Hadith UM menghadiri kongres pertama pada tahun 2011. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli panel penilai MQA sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Beliau juga aktif dalam dunia penulisan dimana beliau telah menjadi editor kepada lebih dari 30 buah buku bercorak agama terbitan Pustaka al-Hidayah, Menulis buku pertama beliau bertajuk “Motivasi Gaya Rasulullah”, Menariknya buku ini telah terjual lebih dari 1000 naskah dalam masa 2 minggu dan telah diulang cetak dalam tempoh sebulan. Buku kedua beliau sebagai penulis bersama bertajuk “Dahsyatnya Doa Isteri”, dan terkini “Buat Pahala Free Gaya Rasulullah”. 

Beliau  menulis lebih dari 20 artikel ilmiah yang telah diterbitkan didalam prosiding, buku dan jurnal berwibawa diantaranya ialah dua artikel didalam World Journal of Islamic History and Civilization (WJIHC) IDOSI pada tahun 2012. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja diseminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa disamping menjadi pembentang jemputan untuk topik-topik khusus dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh IPTA. Terbaru pada tahun 2012 adalah di International Conference on Knowledge, Culture and Society (ICKCS) Jiju Korea.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai seorang Pensyarah Kanan, pernah diamanahkan sebagai Penyelaras Institut Kefahaman Quran dan Sunnah, dan sekarang beliau adalah Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan. Dr. Mohd Khairul Nizam  juga bergiat aktif dalam program-program komuniti di mana beliau menjadi motivator untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Beliau juga turut memberi ceramah secara kerap di Security Commission, LHDN dan beberapa Institusi keagamaan yang lain. Diantara program yang telah beliau jalankan program Sinar Mata Hati bersama Prof. Dr. Muhaya Muhammad dimana beliau telah membentangkan motivasi bertajuk “ Inspirasiku adalah Rasulullah: Celik hatiku keranaMu Rasulullah”.Terkini beliau adalah pengendali blog http://motivasigayarasulullah.com/.

Adalah menjadi salah satu objektif utama beliau untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi agar dapat disalurkan kepada mereka-mereka yang berminat untuk membina kecemerlangan diri, masyrakat dan negara.