was successfully added to your cart.

Remaja atau Masjid Hijrahlah…1436

By November 4, 2014MGR


Remaja atau  Masjid Hijrahlah…1436 
 

Kredit Untuk Foto

 Remaja dan masjid adalah satu topik yang sangat menarik untuk dipublisitikan. Ini kerana gabungan dua perkataan “Remaja” dan “Masjid”dirasakan agak janggal dan mungkin juga dapat dikatakan seakan-akan tidak mempunyai titik pertemuan. MGR merasakan remaja dan masjid seakan-akan tidak mempunyai kaitan bahkan agak tidak keterlaluan jika saya katakan masjid yang ada pada hari ini  tidak mempunyai peranan didalam pembangunan remaja masa kini. 
 Kredit Untuk Foto
Hal ini dapat kita perhatikan dari watak-watak remaja yang ada di dalam tv, di institusi pengajian tinggi, sekolah dan mungkin didalam rumah kita. Peranan media massa, pengaruh sekitar dan budaya asing lebih berpengaruh didalam membangunkan serta melahirkan identiti remaja-remaja hari ini. Masjid hanya dilihat menjadi tempat untuk orang-orang yang telah bersara dan berumur menghabiskan masa dan sisa-sisa hidup. 

 Kredit Untuk Foto
Bahkan jika ada golongan muda yang melazimkan diri kemasjid dianggap sebagi sesuatu yang janggal. Seakan-akan masjid bukanlah tempat yang sesuai bagi golongan ini. Tempat yang paling sesuai untuk golongan remaja dibangunkan ialah diatas-atas motosikal, di konsert-konsert, pesta-pesta nyayian, kelab-kelab malam, pesta-pesta sukan dan pusat-pusat membeli belah. Ini kerana kelihatan masjid diprogramkan hanya untuk memenuhi kehendak golongan berusia dan gagal memenuhi kehendak golongan muda yang mahukan program yang lebih segar dan mampu memenuhi jiwa mereka. Persoalannya adakah program-program masjid hanya tertumpu kepada golongan dewasa dan berusia sahaja? Adakah masjid yang ada pada hari ini tidak mempunyai “aura tarikan” sebagaimana aura panggung wayang, aura stadium dan seribu satu tempat yang sering menjadi tempat golongan remaja berkumpul?   Membahaskan topik remaja dan masjid perlu lebih agresif dan kritis.  Perbincangan melibatkan remaja dan masjid perlu diwacanakan kerana manusia diperingkat remaja adalah tersangat penting kerana manusia diperingkat ini berada di ambang alam dewasa dan menghadapi banyak cabaran dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial yang sangat kritikal. Persoalan  yang melibatkan aspek fizikal masjid seperti bentuk, saiz, warna dan sebagainya tidak menjadi topik yang perlu diangkat tetapi  manusia remaja yang mengimarahakan masjid amat perlu diangkat dan di wacanakan. Ini kerana manusialah yang akan membentuk suasana masjid yang akan membuatkan remaja jatuh hati dan terikat dengannya.

Bagaimanakah Rasul s.a.w menjadikan Masjid sebagai institusi yang membangunkan potensi remaja? 
Dizaman Rasul s.a.w golongan remaja tidak hanya dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti ritual sahaja. Tetapi Rasul s.a.w menjana potensi mereka dengan menggunakan masjid untuk mereka mengembangkan bakat dan bersaing untuk sama menyumbang demi kebaikan umat. Ini dapat dilihat dimana Nabi membenarkan golongan remaja dan belia untuk menggunakan masjid untuk mendalami ilmu mempertahankan diri atau boleh kita fahami sebagai aktiviti berbentuk fizikal didalam masjid.

                                                                      Kredit Untuk Foto


 Disamping itu juga mereka juga dibenarkan oleh rasul untuk mempersembahkan acara berbentuk kesenian didalam masjid. Dimana Rasul s.a.w memberikan sokongannya dengan menghadirkan diri untuk menyaksikan bahkan Baginda Nabi s.a.w membawa isterinya A’isyah. Begitu juga Rasul s.a.w melibatkan golongan muda untuk turut serta didalam majlis-majlis yang bersifat formal bahkan Rasul meminta mereka untuk turut sama memberikan idea dan pandangan. Disamping itu juga Rasul yang sifatnya sebagai utusan Allah turut menjanjikan bagi golongan ini balasan ynag hebat iaitu dipayungi pada hari mahsyar. Iaitu pemuda yang hatinya tergantung dan terikat pada masjid. Cuba kita bayangkan bagaimanakah para remaja akan sentiasa terikat pada masjid sebagaimana mereka terikat pada padang bola sepak, pusat permainan video,dan sebagainya jika sekirannya institusi masjid hanya menyediakan produk-produk bagi golongan dewasa dan tua?

                                                                      
                                                               Kredit Untuk Foto

 Promosi besar-besaran tidak akan membuatkan pengguna tertarik jika sekiranya produk yang dihasilkan hanya sampai pada target yang tertentu sahaja. Ini kerana Rasul membuka ruang seluas-luasnya untuk remaja menggunakan masjid untuk mengembangkan bakat mereka disamping produknya sesuai dengan sifat remaja yang aktif dan sentiasa mengiginkan perkara-perkara baru. Bersambung…

Salam Hormat

Dr.Hj.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri MGR 1436

 




Join the discussion 3 Comments

  • dhiya farha says:

    This comment has been removed by the author.

  • dhiya farha says:

    Saya telah membaca artikel dan mendapati bahawasanya benarlah apa yang berlaku pada zaman ini. Remaja dan masjid satu kombinasi yang agak janggal dan mungkin boleh dikatakan jika dua elemen ini digabungkan akan dikatakan ketinggalan zaman. Lazimnya, masyarakat akan menganggap masjid hanyalah tempat untuk warga emas sahaja dan tidak sesuai dengan muda mudi.
    Pada hari ini, kita dapat lihat remaja yang terikat dengan masjid akan dianggap pelik. Faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana, masyarakat telah terbiasa mengikuti budaya barat, dimana anak-anak remaja dibiarkan terlalu bebas. Selain itu media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak-anak muda zaman ini.
    Disini kita boleh menggunakan teknologi yang ada untuk melahirkan remaja yang cintakan masjid, contoh nya penulisan blog seperti MGR. dan apa yang memainkan peranan penting pada pendapat saya adalah penapisan filem2 perlu diperketatkan.

    Halimatun Saadiah bt. Saleh
    (1110931 TQB1)

  • dinaluzriq says:

    terima kasih Dhiya atas pandangan yang baik..