was successfully added to your cart.

Monthly Archives

April 2013

Nabi s.a.w dan Psikologi (The Prophet and Psychology)

By | Hadis dan Psikologi | No Comments
Percubaan demi percubaan dilakukan oleh para ilmuan dan sarjana timur dan barat untuk mengaitkan Baginda Nabi s.a.w dengan idea dan ilmu  baru.  Ilmu yang muncul pada zaman masing-masing di popularkan dengan idea  “integrasi ilmu” atau “Islamisasi ilmu”. Contohnya Nabi dan perubatan, Nabi dan sains, Nabi dan teknologi serta banyak lagi cabang ilmu yang dikaitkan dengan Baginda s.a.w.

Idea-idea ini amat menarik untuk dibahaskan dan diperluaskan skop perbincangannya secara ilmiah tetapi santai. Ini kerana topik ini amat diperlukan kerana idea integrasi dan Islamisasi telah disambut baik oleh masyarakat Islam dan diterima untuk di olah oleh para cendiakawan yang upaya dan sedar.

Amat jelas Baginda s.a.w adalah sumber ilmu berteraskan wahyu. Segala syariat dan hukum hakam agama adalah kepakaran Baginda s.a.w.

Adapun begitu ilmu-ilmu berkaitan “kemanusiaan” seperti ilmu psikologi, ilmu sosial, ilmu komunikasi dan lain-lain adalah satu pakej ilmu yang di anugerahkan oleh Allah kepada Baginda s.a.w. sebagai tanda “qudwah hasnah” (contoh ikutan terbaik) dan “rahmatan lil a’lamin” (rahmat untuk sekalian alam).

Hakikatnya Baginda telah mengamal dan melaksanakan kesemua konsep dan teori-teori tersebut. Akan tetapi dunia Barat terlebih dahulu malah berupaya mengeluarkan segala percambahan “knowledge nurture” lebih awal dari umat Islam. Bahkan penjenamaan, promosi dan pengeksportan dilakukan lebih awal dari kita.

Oleh kerana itu para ulama di awal Islam apabila mensyarahkan hadis-hadis Baginda, mereka pasti akan menyentuh berkenaan sesuatu yang berlegar dalam skala syariat. Amat jarang kita menemui mereka mencapah sehingga menghuraikan hadith dari sudut psikologi dan sebagainya.

Prinsip Nabi dan Ilmu
Baginda Nabi s.a.w dan ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Ini kerana wahyu yang turun kepada Baginda adalah “Iqra”. Maka diantara misi jelas Baginda adalah memerangai kejahilan. Ini kerana kejahilan membunuh manusia sebagaimana penyakit yang amat kronik yang tiada penawar membunuh banyak jiwa didunia.

Oleh itu umat Islam perlu sedar seruan kepada kembali memahami ilmu berteraskan al-Quran dan Sunnah adalah amat perlu. Hanya dua sumber ini sahaja yang pasti dapat merawat dan menjadi senjata ampuh dalam memerangi kejahilan. Ditelusuri sejumlah hadith yang amat besar berkenaan tuntutan,kelebihan,ganjaran dan motivasi kearah menuntut ilmu.

Dalam kefahaman syarak ilmu yang dicari dan dituntut itu dipasak mestilah diatas prinsip senantiasa dinaungi oleh wahyu (al-Quran dan Sunnah). Tidak mungkin segala ilmu yang dikejar oleh manusia dibebaskan dari wahyu. Ini kerana pemilik ilmu adalah Allah azza wa jalla Dialah “al-‘Alim” (yang Maha Berilmu, lebih mengetahui). 

Nabi s.a.w dan Psikologi 

Psikilogi adalah satu bidang ilmu yang terdapat dalam jenama “sains kemanusiaan”. Ia muncul dikalangan masyarakat Barat yang dahagakan spiritual dan ubat jiwa setelah meletakkan agama ditepi mereka.

Umat Islam apabila mendengar istilah “Psikologi”, ada yang menyatakan kekaguman dan seakan melihat ia sesuatu yang hebat dan mampu menyelesaikan isu kejiwaan manusia. Bahkan sehingga kini mereka masih menggunakan buku teks di dalam pengajaran dan pemebelajara diperingkat yang tinggi. Ini mungkin kerana ilmuan Islam gagal dalam menjenamakan serta menyusun ilmu Psikologi Islam dengan baik dan sistematik sebagaimana barat.

Dari satu sudut penulis juga tidak menafikan telah wujud satu kesedaran dikalangan cendiakawan Islam ditimur untuk turut serta dalam menghasilkan bahan ilmiah berkaitan psikologi Islam.

 Walaubagaimanapun umat Islam harus sedar bahawa jika diteliti di dalam hadis-hadis Baginda terdapat ribuan teknik pendekatan psikologi yang digunakan oleh Baginda dalam membawa misi Dakwah. Namun begitu, kita sebagai seorang Muslim tidak seharusnya menyatakan Baginda adalah ahli psikologi. Akan tetapi Baginda adalah “Qudwah” dalam menunjukkan pendekatan psikologi terbaik. Bahkan pengamal psikologi dalam menjalankan usaha Dakwah Baginda. 

Prinsip Garapan Psikologi dari Hadith.
Hadith-hadith sahih yang autentik adalah sumber utama dalam menentukan hukum-hukum syarak. Usaha tanpa henti dilakukan oleh para cendiakawan Muslim untuk mengeluarkan “ekstrak hukum” dengan sebaik mungkin supaya sama dan serasi dengan apa yang di fahami oleh Nabi dan para sahabat Baginda s.a.w.

Dari sisi yang lain pula, penulis berpandangan seakan usaha meng’ekstrak bahan dari hadis sahih untuk mengeluarkan bahan dan material rujukan dalam bidang psikologi adalah masih dalam idea dan simpanan minda yang belum diterjemah ke dalam bentuk tulisan.

Oleh kerana itu ingin penulis meletakkan beberapa  panduan bagi mereka yang berminat untuk melakukan eksplorasi hadith psikologi :

1.  Pastikan hadith yang dijadikan sumber itu datang dari sumber yang telah disepakati kesahihannya.   

2.    Tidak membuat andaian pada teks / matan hadith yang telah jelas.   

3.    Tidak membuat olahan ‘kreatif “dalam perkara-perkara akidah, ibadat. 

4.   Perincian input dari teks berkaitan psikologi dihurai berdasarkan perlakuan “action” yang jelas  dan dapat ditakwilkan kaitannya dengan ilmu psikologi semasa.

5.    Perlu mendahulukan hadith jika terdapat sebarang percanggahan teori.

6.    Perkataan yang disandarkan kepada Nabi secara jelas di dalam teks perlu kepada penelitian berdasarkan konteks hadith itu diucapkan (di dalam ilmu hadith dikenali sebagai “Asbaabul Wurud”).

7.    Perlu diingat, setiap dari andaian berkenaan konsep atau teori psikologi yang “diijtihadkan” oleh pengkaji adalah berdasarkan kefahaman setelah penjenamaan dan kefahaman teori barat. Ia tiada kaitan dengan hukum hakam syarak.

8.    Pandangan ahli dalam bidang hadis perlu dirujuk untuk mengelakkan berlakunya salah faham.

    Diharapkan dengan sedikit perbincangan “awal” dari penulis dapat mencerahkan minda para peminat motivasi Islam baik dari penulis, pembaca dan pencinta Nabi s.a.w.

    Salam hormat,

    Dr. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri
    Penulis Buku, “Motivasi Gaya Rasulullah”.

    By | Uncategorized | No Comments

    KESIBUKAN YANG MEMBUNUH

    Aku, Kita dan Si dia “Sibuk”
    “Sibuk”, adalah perkataan yang biasa diungkapkan oleh ramai orang..”oh saya seorang ahli politik yang sibuk” akhirnya Saya tiada masa untuk melihat penduduk kawasan sekitar, atau “oh saya seorang guru yang sibuk” akhirnya “saya tiada masa untuk keluarga..atau “saya seorang penulis yang sibuk” akhirnya “saya tiada masa untuk berkomunkasi dengan anak-anak saya..” atau “oh saya seorang muslim yang sibuk” akhirnya ” saya tiada masa untuk Tuhan saya”…soalnya bolehkah???

    Panggilan Baitullah.
    Sejak pulang dari mengerjakan haji saya dihujani dengan si”sibuk”..pelbagai perkara datang bertimpa-timpa dan bertindih-tindih. Diantara kesannya adalah ada peluang untuk meng”update” blog MGR tetapi mental dan fizikal telah pun berada pada tahap dimana tidak mampu lagi untuk mengeluarkan tajuk atau tulisan. Apabila jari jemari telah dilancarkan diatas papan kekunci ia tidak menatijahkan tajuk atau baris-baris ayat. Tetapi yang keluar hanyalah (…).

    Doa, Azam dan “nyahsibuk”
     Menjadikan sibuk sebagai satu cara untuk tidak melakukan sesuatu yang perlu adalah suatu alasan. Alasan tersebut bole membunuh amanah dan gerak kerja yang telah dirancang. Diharapkan para pembaca blog ini dapat mendoakan saya.