was successfully added to your cart.

Motivasi 10 malam Terakhir Ramadhan

By August 9, 2012Uncategorized
 

Sedar atau tidak mahu atau tidak kita telah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Diantara kita ada 

yang menghitung-hitung “wah tak lama lagi nak raya…” baju raya belum siap dan sebagainya..Benarlah 
peribahasa Melayu “hanya jawhari yang kenal manikam”. Hanya mereka yang tahu “nilai” 10 malam 
terakhir sahaja yang akan memerah keringat untuk mencari malam 1000 bulan yang di janjikan Allah 
azzawajalla. 

10 malam terakhir ini disambut dengan kegembiraan dan kesedihan. Mengapa? Kegembiraan adalah kerana
 kita tahu dan ingin merebut hadiah hebat yang dijanjikan oleh Allah. Tangisan pula adalah kerana 
tetamu istimewa “Ramadhan” akan pergi meninggalkan kita dan akan bertemu lagi dengan izin Allah pada 

tahun hadapan.

Sudah pasti yang paling tahu nilai 10 malam terakhir adalah Baginda al-Habib al-rasul s.a.w. 

 Soalnya bagaimana ingin menyuntik Motivasi Gaya Rasulullah? Maka disana ada beberapa 

panduan dari  petunjuk Baginda al-Habib diantaranya: Baginda al-Habib bersungguh-sungguh mencari 

malam al-Qadar dan menyuruh para sahabat yang mulia untuk turut bersungguh-sungguh mencarinya. Dalam 

riwayat ada menyatakan bahawa Baginda s.a.w mengejutkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadat 

pada 10 malam terakhir supaya dapat memperolehi lailatul Qadr. Begitu juga ada diriwayatkan bahawa 

sebahagian para “salaf” dari kalangan sahabat dan tabien akan mandi sunat dan berwangi-wangian 

dalam berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan lailatul qadar!!!

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:” Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, 
maka ampunilah kami”. (Ahmad dan Tirmidhi)
 Selamat Bermotivasi pada 10 malam terakhir ini…(part 2)

Join the discussion One Comment

  • Hamidi Mdiey says:

    Masya-Allah, cukup menarik ulasannya Al-Fadhil Ustaz…
    Uwafik dengan statement ustaz bahawa ramai dalam kalangan masyarakat kini alpa dengan keistimewaan malam lailatul Qadar. Mereka lebih memikirkan persiapan hari Raya. Allah. Peranan kita amat penting dalam memberi penerangan kepada mereka supaya lahir dalam diri mereka mahupun diri kita sendiri akan ganjaran Allah S.W.T. terhadap malam lailatul Qadar.