was successfully added to your cart.

Monthly Archives

August 2012

Pro and Con Komen Peserta bagi setiap kali selasai berprogram?

By | Uncategorized | No Comments
“Ya Jawapannya adalah Ya”…Mendapatkan komen dari para peserta apabila selesai berprogram adalah amat berbaloi…!!!Seharusnya pihak urusetia perlu meyediakan “Evaluation Form” bagi setiap program yang dianjurkan. Kebaikan komen-komen yang dikemukakan oleh para peserta adalah begitu banyak. tetapi pada kali ini saya hanya akan mengutarakan kebaikannya kepada para fasilitator dan penceramah sahaja. 
Percaya atau tidak sejak saya mula terlibat dalam dunia “kem Ibadah” dan sebagainya saya masih menyimpan kesemua komen-komen para peserta dalam aktiviti yang di kendalikan. Bahkan saya akan membuka semula komen-komen yang ditulis untuk dibaca semula sebagai satu cara untuk membangkitkan semangat motivasi saya. Untuk rekod bahan-bahan tersebut telah saya simpan sejak tahun 1998. Wah ini bole masuk arkib Negara komen seorang sahabat…!!!(InsyaAllah)

Tujuan saya menyimpan kesemua komen-komen tersebut  bertujuan untuk menilai semula setiap komen tersebut untuk penambahbaikan “gaya”, “input”, dan mungkin juga tidak melayan sebarang reaksi “provakatif” dari para peserta semasa sesi berjalan.

Dari sisi yang lain komen-komen -ve yang membina juga harus diraikan. Bahkan baik untuk kita bermuhasabah. Lihat sahaja komen-komen itu baca dengan hati dan iman tentu komen tersebut tidak akan dibuang atau menimbulkan rasa marah kapada peserta tersebut. 

Motivasi 10 malam Terakhir Ramadhan

By | Uncategorized | One Comment
 

Sedar atau tidak mahu atau tidak kita telah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Diantara kita ada 

yang menghitung-hitung “wah tak lama lagi nak raya…” baju raya belum siap dan sebagainya..Benarlah 
peribahasa Melayu “hanya jawhari yang kenal manikam”. Hanya mereka yang tahu “nilai” 10 malam 
terakhir sahaja yang akan memerah keringat untuk mencari malam 1000 bulan yang di janjikan Allah 
azzawajalla. 

10 malam terakhir ini disambut dengan kegembiraan dan kesedihan. Mengapa? Kegembiraan adalah kerana
 kita tahu dan ingin merebut hadiah hebat yang dijanjikan oleh Allah. Tangisan pula adalah kerana 
tetamu istimewa “Ramadhan” akan pergi meninggalkan kita dan akan bertemu lagi dengan izin Allah pada 

tahun hadapan.

Sudah pasti yang paling tahu nilai 10 malam terakhir adalah Baginda al-Habib al-rasul s.a.w. 

 Soalnya bagaimana ingin menyuntik Motivasi Gaya Rasulullah? Maka disana ada beberapa 

panduan dari  petunjuk Baginda al-Habib diantaranya: Baginda al-Habib bersungguh-sungguh mencari 

malam al-Qadar dan menyuruh para sahabat yang mulia untuk turut bersungguh-sungguh mencarinya. Dalam 

riwayat ada menyatakan bahawa Baginda s.a.w mengejutkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadat 

pada 10 malam terakhir supaya dapat memperolehi lailatul Qadr. Begitu juga ada diriwayatkan bahawa 

sebahagian para “salaf” dari kalangan sahabat dan tabien akan mandi sunat dan berwangi-wangian 

dalam berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan lailatul qadar!!!

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:” Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, 
maka ampunilah kami”. (Ahmad dan Tirmidhi)
 Selamat Bermotivasi pada 10 malam terakhir ini…(part 2)

Motivasi 10 malam terakhir

By | Uncategorized | No Comments
Sedar atau tidak, mahu atau tidak, kita telah pun melangkah masuk 10 malam terakhir. Bagaimana motivasi 
anda diawal 10 malam terakhir ini? Semakin bermotivasi atau sebaliknya? Ye sebahagian kita ada yang telah 
tersenyum kerana Ramadhan akan berlabuh dan pergi meninggalkan kita. Maka bolehlah berpesta makan. 
Benarlah kata pepatah Melayu “hanya jawhari yang mengenal manikan”. Pastinya 10 akhir Ramadhan ini di
sambut dengan Kegembiraan dan Kesedihan. Kegembiraan kerana inilah masa untuk merebut hadiah 
lumayan yang dijanjikan oleh Allah iaitu pahala 1000bulan. Kesedihan pula kerana tidak lama lagi tetamu 
yang terhebat ini akan pergi meninggalkan kita. Faktanya adalah manusia yang paling tahu kehebatan dan 
keagungan lailatul Qadar adalah Baginda al-Habib Rasulullah. Riwayat-riwayat yang kuat ada menyebut 
bahawa Baginda akan mengejutkan ahli keluarga Baginda untuk sama-sama bangun beribadah pada malam 
tersebut. Bahkan riwayat menyebut Baginda akan meyuruh para sahabat juga melakukan perkara yang
sama iaitu menghidupkan, berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mencari “al-Qadr”. Riawayat juga 
menyatajan bahawa golongan “Salaf” iaitu para sahabat dan Tabien sebahagian mereka akan mandi sunat 
dan berwangi-wangian sebagai tanda kesungguhan mereka beribadah pada malam-malam 10 akhir. Maka 
marilah kita sama-sama memotivasikan diri GAYA Rasulullah untuk malam-malam akhir ini.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا


Maksudnya:” Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun,
 
 maka ampunilah kami”. (Ahmad dan al-Tirmidhi)

Carilah kebaikan dan hadiah tersebut pada 10 malam akhir ini terutamanya pada malam-malam ganjil. Selamat 

bermotivasi. Ingat kerana ibadah juga perlu diiringi dengan MOTIVASI….

Modul MGR “I love Myself”

By | Uncategorized | No Comments
I love Myself adalah satu modul yang dipakejkan dalam Motivasi Gaya Rasulullah. Baginda memang mengajar kita untuk sayangkan diri sendiri. Sebab itu memotivasikan diri untuk cinta dan kasih kepada diri adalah termasuk dalam ajaran Quran dan Sunnah. Ia senada dengan Firman Allah: و لا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة [ jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan – 195 al Baqarah ] Modul ini berusaha untuk menanam beberapa perasaan dalam diri : Sayangkan diri sendiri adalah termasuk arahan Allah dan menjadi sunnah Nabi s.a.w. Segala amalan soleh yang di ajar oleh Baginda al-Habib adalah untuk menyelamatkan diri dari kebinasaan dibakar dalam api neraka. Bukankan melakukan perkara yang dilarang agama memusnahkan diri? Diakhir modul ini para peserta akan diajar teknik bagaimana sayang kepada diri menurut petunjuk Rasulullah s.a.w.

Objektif MGR ni sama ke macam Motivasi-motivasi Yang lain..?Komen Dr…?

By | Uncategorized | No Comments
“terima kasih atas soalan yang diberikan oleh …” Untuk menjawap soalan berkenaan objektif MGR maka suka saya memperjelaskan bahawa program motivasi atas nama apa sekalipun mempunyai satu matlamat iaitu para peserta akan mendapat input kearah perubahan diri yang lebih baik. MGR juga begitu pastinya tiada yang lebih membahagiakan apabila melihat para peserta megirimkan sms “Dr K terima kasih atas input yang bermanfaat…saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini…salam motivasi gaya Rasulullah..” Alhamdulillah syabas tetapi ada sesuatu yang tertinggal dari pengirim tambahnya lagi” saya akan melakukan perubahan atas kecintaan saya kepada al-habib Baginda Nabi s.a.w!!!pastinya.. wah jawapan ini adalah kunci utama kepada program-program yang di anjurkan oleh saya. Objektif utama adalah seperti berikut: 
1. Matlamat utama adalah untuk jatuh cinta berkali-kali kepada al-habib Baginda Nabi s.a.w.
2. Melakukan sesuatu adalah dengan kadar perasaan untuk merasakan apakah al-habib Baginda Nabi s.a.w akan gembira dengan apa yang saya lakukan?
3. Meningkatkan daya amalan dan kualiti ibadah berteraskan sunnah.
Kesemua objektif ini adalah teras utama kepada tercetusnya “2M” yang bermaksud “To Muhammad Global Training and Consultancy…”

Boidata Lengkap Dr.Mohd Khairul Nizam

By | Uncategorized | No Comments


BIODATA:

Dr. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri adalah perunding cara kepada 2M Global Training & Consultancy. Berkelulusan Ph.D  Usuluddin (al-Quran dan Hadith) daripada Universiti Malaya, beliau juga sebelum itu pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa pada peringkat Master (MAIRKH Islamic Revealed Knowledge in Hadith) dan peringkat Ijazah (BAIRKH Majoring in Fiqh wa Usulihi & Minoring in Psychology).

Dr. Mohd Khairul Nizam  berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengendali  sesi kaunseling, mengendalikan lebih dari 500 ceramah kegamaan dalam pelbagai topik dan mengendalikan lebih dari 50 siri program motivasi yang melibatkan para pelajar diperingkat sekolah sehingga Universiti. Beliau telah mula berjinak-jinak dengan karier dalam bidang pendidikan dan motivasi semasa di universiti sebagai rakan pembimbing untuk para pelajar yang memerlukan khidmat sokongan belajar dibawah SLEU UIA yang dikenali sebagai “peer”. Ketika bergelar seorang pelajar, beliau telah melaksanakan dan menjalankan lebih dari 20 program motivasi di sekitar lembah Klang, Alor Star dan Ipoh. Manakala secara rasmi  menjadi guru GSTT di beberapa buah sekolah sekitar Ipoh diantaranya Sekolah Men. Agama Izzuddin Shah Ipoh (Tingkatan 6), sekolah yang melibatkan pelajar satu Malaysia dengan berbilang bangsa iaitu SRJK( C ) Bercham dan SRJK (T) Kampung Simee. Setelah itu, beliau juga pernah mengajar di beberapa buah kolej swasta disekitar lembah Klang seperti British Malaysian Institute, SEGI College, Stanford College, Olympia College dan International Islamic College dengan mengajar matapelajaran Pengajian Islam, Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral. Beliau amat disukai oleh pelajar berbangsa cina dan india diatas gaya persembahan semasa syarahan didalam kelas bahkan mereka sukar untuk tidak menghadiri kelas beliau.

Semasa beliau bertugas di International Islamic College beliau telah memegang beberapa jawatan penting disamping tugas hakiki iaitu menjadi kaunselor dan warden kepada pelajar. Beliau aktif dalam sesi kaunseling dan telah melakukan lebih dari 100 sesi dan melaksanakan aktiviti motivasi untuk para pelajar. Setelah itu beliau dianugerahkan Certified Personel  Advancement Skills : Module 4 oleh Cdc. Setelah itu beliau telah dilatih secara khusus oleh Prof Dr.Noraini Ahmad (Profesor Kaunseling dari UIA) untuk mengendalikan sesi kaunseling seperti Counselling Intervention, Individual  and Group Counseling. Disebabkan cara dan kaedah pengajaran beliau yang disukai oleh pelajar pada tahun 2005 beliau telah  dianugerahkan Best Lecturer Based on TER oleh pihak kolej.

Semasa berkhidmat di Universiti Malaya beliau begitu aktif menyampaikan pelbagai syarahan kepada para pelajar diantaranya kepada para pelajar kursus jangka pendek dari Sweeden dalam program “Crash Course in Islamic Studies”. Selama dua tahun berturut-turut beliau diamanahkan untuk mengajar subjek Sceinces of Hadith. Beliau turut menyampaikan syrahan berkenaan Islam kepada para pelajar perubatan, kejuruteraan, pelajar asasi sains, pimpinan pelajar, menjadi ahli panel forum perbandingan agama dan memberikan syarahan motivasi kepada para pelajar dikolej-kolej kediaman. Disamping itu juga beliau sering dijemput memberikan syarahan agama di UKM, Uitm dan Usim. Beliau juga terlibat sebagai ahli kongres Profesor Negara dengan mewakili Jabatan al-Quran Hadith UM menghadiri kongres pertama pada tahun 2011. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli panel penilai MQA sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Beliau juga aktif dalam dunia penulisan dimana beliau telah menjadi editor kepada lebih dari 30 buah buku bercorak agama terbitan Pustaka al-Hidayah, Menulis buku pertama beliau bertajuk “Motivasi Gaya Rasulullah”, Menariknya buku ini telah terjual lebih dari 1000 naskah dalam masa 2 minggu dan telah diulang cetak dalam tempoh sebulan. Buku kedua beliau sebagai penulis bersama bertajuk “Dahsyatnya Doa Isteri”, dan terkini “Buat Pahala Free Gaya Rasulullah”. 

Beliau  menulis lebih dari 20 artikel ilmiah yang telah diterbitkan didalam prosiding, buku dan jurnal berwibawa diantaranya ialah dua artikel didalam World Journal of Islamic History and Civilization (WJIHC) IDOSI pada tahun 2012. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja diseminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa disamping menjadi pembentang jemputan untuk topik-topik khusus dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh IPTA. Terbaru pada tahun 2012 adalah di International Conference on Knowledge, Culture and Society (ICKCS) Jiju Korea.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai seorang Pensyarah Kanan, pernah diamanahkan sebagai Penyelaras Institut Kefahaman Quran dan Sunnah, dan sekarang beliau adalah Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan. Dr. Mohd Khairul Nizam  juga bergiat aktif dalam program-program komuniti di mana beliau menjadi motivator untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Beliau juga turut memberi ceramah secara kerap di Security Commission, LHDN dan beberapa Institusi keagamaan yang lain. Diantara program yang telah beliau jalankan program Sinar Mata Hati bersama Prof. Dr. Muhaya Muhammad dimana beliau telah membentangkan motivasi bertajuk “ Inspirasiku adalah Rasulullah: Celik hatiku keranaMu Rasulullah”.Terkini beliau adalah pengendali blog http://motivasigayarasulullah.com/.

Adalah menjadi salah satu objektif utama beliau untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi agar dapat disalurkan kepada mereka-mereka yang berminat untuk membina kecemerlangan diri, masyrakat dan negara.

Dr Ni siapa ye…perkenalkan diri sikit..

By | Uncategorized | No Comments

“Terima kasih kerana sudi bertanya satu soalan yang sepatutnya saya berikan jawapannya sejak dari awal penulisan blog ini…” Ringkasnya nama sebagaimana dalam I.C Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri. Saya adalah penulis buku Motivasi Gaya Rasulullah atau singkatannya MGR(TM) dan “Full Time” Pensyarah Kanan dan Peyelaras Institut Kefahaman Quran dan Sunnah USIM. Saya telah mula berjinak-jinak dengan motivasi sejak berada di alam campus. Banyak program yang saya ikuti sejak bergelar pelajar di matrikulasi. Saya mendapat inspirasi dan memasang angan-angan untuk membantu masyarakat dengan cara “memotivasikan” setelah mengikuti satu program di Masjid berdekatan dengan rumah Dato’ Dr Hasan Ali. Inspirasi ini telah mengerakkan saya untuk menjalankan program motivasi secara sendirian berhad.Cara yang telah saya gunakan adalah dengan mendekati sekolah-sekolah yang berminat untuk mendapatkan khidmat perundingan program motivasi dengan menunjukkan proposal “ala kadar”. Maklumlah semangat membara tetapi ilmu masih kurang di dada.Seingat saya pada masa itu apabila saya berjumpa dengan PK.Hem atau Guru kaunseling proposal yang pertama saya hulurkan adalah “PROGRAM KEM IBDAH”. Sebabnya saya lebih “Condifent” (istilah pada masa itu) dengan program bercorak Islam kerana saya berlatar belakangkan pengajian agama. Kebiasaanya kem-kem ini saya jalankan pada cuti semester dengan bantuan sahabat-sahabat persatuan anak negeri dan sahabat-sahabat yang mempunyai semangat membantu yang tinggi. Dan yang paling penting sanggup mengorbankan awal cuti untuk join program kem Ibadah tanpa balik kerumah atau kampung terlebih dahulu. Kebiasaanya kami hanya berlapan atau bersepuluh untuk program pelajar berjumlah 150 orang atau lebih. Setelah berada di tahun 2 Universiti saya dengan seorang sahabat telah berkerjasama untuk menubuhkan satu konsultan yang berdaftar sebagai “Nur Kasih Training and Consultancy” akan tetapi jodoh kami tidak berapa direstui kerana kami hanya sempat bersama untuk menggerakkan hanya satu program sahaja. Itulah namanya takdir. Tetapi setelah itu saya masih lagi berprogram tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana training konsultan tetapi program saya lebih kepada “special invitation” dari mulut ke mulut atau “recommandation” dari guru-guru kaunseling atau rakan-rakan pelajar yang pernah mengikuti “kem ibadah” bersama saya sebelum ini. Kebiasaannya kem yang diminta oleh pihak sekolah adalah untuk para pelajar “terbaik” (ada rekod disiplin etc) masyaAllah dan alhamdulillah oleh kerana hasil selepas dari program tersebut amat memuaskan hati guru-guru maka ada sekolah yang memasukkan program “bersama abang-abang uia” dalam takwim sekolah mereka!!!Ini sesuatu yang amat membanggakan. Kebanyakan dari program ini saya istiqamah sehingga berada di Final year. Sehinggalah saya graduate dengan Ijazah BAIRKH. Setelah menyambung pengajian di peringkat Master segalanya berubah….bersambung

Baca hadith di Masjid syarah gaya Motivasi?

By | Uncategorized | No Comments
Kaedah pembacaan dan pensyarahan hadith sejak dulu kini adalah sesuatu yang diwarisi teknik dan gayanya. Membaca hadith adalah sesuatu yang bersifat agama.

Kebiasaanya dalam masyarakat bila diwar-warkan kuliah hadith sudah pasti akan diisi oleh “ustaz” yang mempunyai cukup “qualification” ini kerana ia melibatkan prinsip agama dan bagi  memastikan kefahamannya adalah tepat sebagaimana yang difahami oleh

al-Habib Baginda Muhammad s.a.w .

Kesalahan dalam membawa maksud yang dikehendaki perlu diikuti dengan taubat nasuha. Satu matlamat penting yang perlu disepakati oleh golongan agamawan adalah akhir dari penjelasan hadith adalah diikuti dengan amalan dari kefahaman hadith tersebut oleh para pendengar. 

Hukum dan kefahaman adalah sesuatu yang tidak berubah jika ia adalah kefahaman dan hukum yang Thabit. Akan tetapi cara olahan dan kaedah penyampaian adalah sesuatu yang perlu berubah. Umat pendengar  zaman millenium amat terdedah dengan pelbagai gaya dan rentak penyampaian gaya baru. Oleh kerana itu para agamawan yang membaca hadith di masjid perlu diajak menyahut cabaran ini iaitu “baca hadith Gaya Motivasi”. Bagaimana?

 bersambung… oleh Dr.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

Ustaz kenapa sekarang baru timbul idea motivasi gaya Rasulullah???

By | Uncategorized | No Comments
“…terima kasih soalan yang amat baik..”. Sebenarnya saya juga pernah terfikir soalan yang sama kenapa para ulama sejak zaman berzaman tidak langsung membuat tajuk buku mereka tentang teknik Rasulullah dalam memotivasikan manusia? atau mungkin juga mengumpulkan hadith-hadith tetentu berkenaan cara memotivasikan manusia? atau apa sahaja input berkenaan motivasi cara Baginda al-habib.

Akhirnya setelah di lihat dan ditimbang-timbangkan jawapannya dan fakta yang diperolehi maka saya boleh membuat beberapa kesimpulan :

1. Fokus utama para ulama sejak zaman berzaman adalah berkaitan dengan syariah atau hukum hakam (fiqh), Tafsir, pengumpulan hadith, Sirah Nabawiyyah dan seumpanya yang lebih mendesak. Adapun motivasi ini satu juzuk yang amat kecil dan hanya ditemui perbincangan yang terselit di dalam kitab-kitab Aqidah, Sirah dan akhlak secara tidak langsung.
2. Bukan tiada para ulama yang menulis berkenaan galakan atau motivasi tetapi mereka meletakkan tajuk yang langsung tidak mengguna pakai perkataan “MOTIVASI” tetapi menggunakan “al-Targhib wa al-Tarhib”, “Fadhail amal”, “Riyadhus Salihin” dan sebagainya tetapi bagi para pelajar agama diabad millenium yang telah menggarap ilmu Islam dan barat maka kefahamannya adalah itu semua maksudnya motivasi untuk buat baik lah!!! Cuma tidak berapa bombastik dan marketing pun tidak boleh jalan. Contoh : Program al-Targhib wa al-Tarhib 2 hari tiga malam di kem Lobak Merah. Pastinya orang akan terpinga-pinga program apekebenda ni…???
3. Perkataan motivasi diimport dari barat dan telah diMelayukan dan digambarkan sebagai satu program yang best untuk dihadiri. Saya sendiri mula mengetahui program ini wujud setelah berada di IPT. Sebelum itu program yang di anjurkan ala-ala motivasi namanya “Tamrin, Kem Kepimpinan Sekolah dan macam macam ada…
4. Ketiadaan tokoh yang membicarakannya secara serius. Serius yang dimaksudkan adalah seperti meletakkan secara terang-terang motivasi ini diambil dari Sunnah atau hadith yang sahih. Maksudnya kebiasaan hadith Nabawi akan diekstrak kefahamannya untuk hukum fiqh yang berkaitan atau adab. Tetapi pedekatan meletakkan kefahaman dari sudut motivasi jarang dilakukan. 
Harapan semoga buku Motivasi Gaya Rasulullah yang saya hasilkan dapat membuka satu lagi pintu kefahaman terhadap hadith-hadith Nabawi. InsyaAllah…